BAKAL Menteri Besar KELANTAN
Rakyat Kelantan : Tun maghi laaa bertanding kat klate nih. Jadi MB kat sinilah.
Posted by Yelderin Mujahed at 2:24 AM
0 comments
Rakyat Kelantan : Tun maghi laaa bertanding kat klate nih. Jadi MB kat sinilah.
Posted by Yelderin Mujahed at 2:24 AM
0 comments
Tekun mendengar Che Det bagi ceramah... Terlongo agaknya mendegar hujah TUN. Mesti lepas ni Nik Aziz nak ajak Che Det bagi ceramah kat Pulau Melaka kat rumah dia.. Sebelah rumah Nik Aziz ade masjid.. mungkin masjid tue laa Che Det nak jadi imam subuh lepas tu ganti Nik Aziz ceramah tetiap Jumaat.
Posted by Yelderin Mujahed at 2:57 AM
0 comments
Sungguh comel gambar ni... Macam mana laa Nik Aziz (Tuan Guru?) boleh lupa siapa yang masukkan anak dia kat ISA... Dulu Nik Aziz pernah berfatwa bila kartunis Zunar lukis gambar Che Det seperti babi, Nik Aziz kata itu karya seni.. HALAL! Tapi hari ni Zunar sepatutnya lukis gambar Che Det macam kucing siam... dekat sket ngan kelantan...
Posted by Yelderin Mujahed at 2:32 AM
0 comments

Posted by Yelderin Mujahed at 12:27 PM
0 comments
* Sedikit perkongsian tentang faham kebahagiaan. Maaf, tak dapat memanjangkan tulisan. Meneliti tulisan Hernando de Soto tentang membumikan kapitalisme agak sedikit memenatkan daya upaya saya, juga ditambah dengan esei Hayek tentang Individualisme.
Ketika masih berambut panjang, penghujung 2004, kalau tidak silap...
Posted by Yelderin Mujahed at 2:35 AM
0 comments
http://www.pakdi.com/blog/archives/2004/11/siri_provokasi.html
Kita mesti berjuang cara nasionalis. Perjuangan bangsa. Pedulikan bangsa lain, asalkan bangsa kita sahaja maju. Yang paling penting adalah perpaduan bangsa. Hanya bangsa kita yang boleh jadi pemimpin. Subsidi mesti untuk bangsa sendiri sahaja. Hanya bangsa kita perlu dibantu dengan dasar-dasar ekonomi. Hanya bangsa kita mesti dapat pendidikan terbaik. Setuju? Kalau setuju teruskan membaca siri provokasi ini: Mari Berjuang Cara Nasionalis.
Diulangi... Yang bersetuju dengan perjuangan nasionalis sahaja boleh baca.
Ulangan kali ke-3, hanya mereka yang bersetuju sahaja boleh baca.
Sedarlah wahai orang-orang Jawa. Kita perlu bersatu demi memartabatkan bangsa Jawa.Hari ini kita lihat orang Jawa tidak bersatu. Ini yang menjadikan orang Jawa lemah. Ada Jawa UMNO. Ada Jawa PAS. Ada Jawa Keadilan. Semua bertarung sesama sendiri untuk mendapatkan kuasa. Kita sedih, dalam pilihan raya lepas orang Jawa lawan orang Jawa atas tiket PAS, Keadilan dan UMNO. Tidak ada lagi perpaduan yang utuh di kalangan orang Jawa. Sedangkan kalau semua orang Jawa bersatu, kita pasti akan memerintah negeri Selangor dan Johor.
Orang Jawa bukan bangsa mudah lupa. Orang Jawa orang yang kuat dan gagah. Lupakah kita bagaimana buyut-buyut kita, mbah-mbah kita, wak-wak kita berpegang tangan berganding bahu membuka penempatan Jawa di serata tempat di Malaya. Dari hutan-hutan dara sehingga menjadi petempatan dan kampung-kampung Jawa. Malah ada bukit dipanggil Bukit Jawa.
Tetapi hari ini kerana politik orang Jawa berpecah. Mengikut rentak bangsa lain. Dipergunakan, diperalatkan oleh bangsa lain. Sedangkan kita bekerja keras menjadi kuli tukang tampal poster, gantung sepanduk, tidak tidur malam dan yang dapat menjadi Presiden Parti, baik UMNO, PAS dan Keadilan, bukan orang Jawa. Tanpa kita orang-orang Jawa, UMNO tidak mungkin memerintah Selangor dan Johor dengan aman. Undi kita undi penentu.
Kita harus mencontohi saudara-saudara seJawa kita di Indonesia. Dari zaman Sukarno hinggalah zaman Susilo Bambang Yudhoyono, tidak ada bangsa lain mampu mencabar kekuasaan orang-orang Jawa. Kuasa Jawa boleh menggoncangkan Jakarta. Buktikan suara kita boleh menawan Putrajaya!
Perjuangan kita masih jauh. Tidak cukup hanya menjadi barua dan kuli dalam UMNO, PAS dan Keadilan. Kita mahu Jawa yang memerintah. Jawa mesti bersatu. Hidup Jawa. Jawa boleh. Kita mesti jadi Jawa Had-hari. Jawa yang maju dan progresif.
Lihatlah tempe. Dulu hanya orang Jawa yang makan tempe. Kini sudah ramai orang makan tempe. Syiar Jawa seperti tempe perlu dipergiatkan sehingga ia menjadi satu budaya nasional. Sambal tempe kini digemari ramai. Tempe kini sudah setaraf dengan makanan Jawa yang berstatus internasional seperti sate dan soto.
Orang-orang Jawa yang jadi usahawan dan korporat, ingatlah, kalian mesti bantu orang Jawa sahaja. Ambil pekerja di kalangan orang Jawa sahaja. Kalau keluarkan iklan pekerjaan maka tulislah: Mesti mahir dan tahu bertutur dalam bahasa Jawa.
Demi bangsa Jawa yang kita kasihi, buang songkok buang serban dan kita pakai blangkon.
Maka dengan ini, saya mencadangkan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Jawa Bersatu (PEKEJBAR) atau dalam bahasa yang lebih standard dan bertaraf internasional, United Java National Organization (UJNO).
Bhinneka Tunggal Ika!
Lagu Rasmi UJNO : Ilir-Ilir
Lir ilir lir ilir tandure wis sumilir,
Tak ijo royo-royo dak sengguh penganten anyar,
Cah angon cah angon penekno blimbing kuwi,
Lunyu-lunyu penekno kanggo masuh dodotiro-dodotiro,
Dodotiro-dodotiro kumitir bedhah ing pinggir,
Domono jlumotono kanggo seba mengko sore,
Mumpung jembar kalangane mumpung padhang rembulane,
Yo surako surak horee.
Posted by Yelderin Mujahed at 2:02 AM
0 comments
BismiLlaahirRahmaanirRahiim
Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa (Az-Zukhruf: 67)
Syiar Islam telah semakin bergelojak di dalam jiwa para mujaddid yang telah mula tersedar dari tidurnya yang panjang. Telah berabad lamanya umat Islam dihina dan dihenyak pilu serta sengsara. Sejarah telah menyaksikan sekian lama bagaimana Masjid Cordova telah dirobah menjadi sebuah Gereja bobrok yang berwajah suram. Maruah Islam terus diludah dan tiada apa lagi yang mampu dilakukan untuk menghadirkan ekspresi tentangan terhadap penghinaan ini.
Alhamdulillah pujian segalanya kehadrat Rabbul Jalil sarwa alam kerana telah menghadirkan kekuatan terhadap sesetengah golongan umat Islam untuk mendambakan diri demi perjuangan lilLahiTaala. Sesetengahnya lagi hanya mampu duduk bertafakur menyendiri tanpa sebarang isyarat hatta riak muka sekalipun tidak bisa ditunjukkan kerana mungkin ada tangan-tangan ghaib yang mengawal mereka.
Kepada golongan kaku ini, suka penulis khabarkan akan kalam Allah di dalam KitabNya yang Agung.
“Hai orang-orang yang beriman, bersiap siagalah kamu, dan majulah (ke
Subhanallah!! Maha Suci Allah yang telah membenarkan dan memelihara kalamNya yang Agung. Al-Quran secara konkrit telah memaparkan akan sifat-sifat manusia yang tidak terbatas oleh latar masa dan zaman!! Inilah hakikat yang perlu dihadam dan difahami secara ekstensif dan holistik. Watak-watak manusia opportunist (manusia yang suka mengambil kesempatan) di dalam Al Quran ini terus berterusan hinggalah ke hari ini. Merekalah watak hitam yang telah diingatkan oleh Allah kepada orang-orang yang beriman supaya sentiasa waspada. Mungkin saja mereka bersikap begitu akibat kerana lemahnya daya akal dan tidak memahami wahyu. Sedangkan Al Faruqi telah memperjelaskan bahawa peranan akal dan wahyu itu begitu signifikan justeru ianya perlu bergerak secara seiring dan senada.
Atau mungkin saja mereka berwala’ (taat) kepada pemimpin-pemimpin mereka secara membuta tuli tanpa ada sebarang argumentasi. Amat
Penulis fikir definisi bara’ (berlepas diri) itu telah ditafsirkan mengikut hawa nafsu mereka semata-mata tanpa melihat kepada kebenaran yang hakiki. Ini terjadi mungkin kerana kedangkalan ilmu atau mungkin saja mereka sudah merasakan terlebih ilmu!! Yang pastinya Ilmu Allah itu lebih tinggi meliputi langit dan bumi. Amat menyedihkan apabila kita menemukan ada sebahagian orang yang berkomitmen dan istiqamah terhadap ajaran agamanya, melaksanakan solat
Bagaimana mungkin mereka mencintai Allah dan mereka juga mengiakan saja atau mendodoikan perbuatan biadab musuh-musuhNya dalam satu masa? Bagaimana mungkin cinta seperti itu bertemu dalam satu hati?
Demi Allah, sesungguhnya orang yang mencintai Allah, akan mencintai kekasihNya dan membenci musuh-musuhNya. Jadi harus ada perbezaan dalam berwala’ (ketaatan) dan bara’ (berlepas diri).
Sudah pastinya tiada jalan mudah untuk menegakkan kebenaran. Imam Ahmad menambah di dalam Musnadnya:
Dan sesungguhnya kemenangan itu bersama kesabaran, kesenangan itu bersama penderitaan dan sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan (Ahmad, no.2800)
Ingin penulis nasihatkan kepada mereka-mereka yang bersongkok segak, berkopiah putih, dan yang bersih wajahnya agar jangan sekali-kali berlaku zalim terhadap Islam. Amat
Ambillah iktibar dan pengajaran dari kisah Musa A.S dan Firaun laknatullah seperti mana yang telah diberitakan di dalam Al Quran. Lihatlah betapa beraninya Musa sehingga sanggup menegur Firaun walaupun Firaun itu adalah bapa angkatnya sendiri dan seorang pemimpin yang amat berkuasa pada ketika itu. Tidak sesekali Musa memilih bulu atau mendiamkan diri hanya kerana dirinya adalah anak angkat sang penguasa! Kebenaran harus tetap ditegakkan!
Lihat saja jaminan Allah kepada Nabi Musa,
Kami berkata: “Janganlah kamu takut, sesungguhnya kamulah yang paling unggul (menang). (Thaha: 68)
Sayed Qutb menyebutkan, “jangan sesekali kamu semua merendahkan dirimu, kerana aqidahmu lebih unggul dan tinggi, kamu semua bersujud kepada Allah Taala semata-mata, sementara mereka itu bersujud kepada sesuatu ciptaan Allah atau sebahagian daripada makhlukNya. Ajaranmu juga lebih luhur, kamu berjalan di atas ajaran yang dicipta daripada Allah, sementara mereka berjalan di atas sebuah ajaran atau sistem yang dicipta oleh makhluk Allah dan peranan kamu lebih besar, serta kedudukan kamu di bumi ini lebih mulia dan lebih tinggi” (Lihat Fi Zhilalil Quran, juzu’ 1, hal.480)
Setiap manusia mempunyai hati. Tetapi adakah hati itu masih mampu berdiri teguh apabila dilanda ujian tanpa bisa goyah walau dilanggar todak sekalipun atau hati itu telah dibutakan dengan sifat takut dan was-was yang tidak kena pada tempatnya!!
Firman Allah,
…..sesunggunya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati di dalam dada. (Al Haj: 46)
Mereka telah dianugerahi ni’mat pendengaran, penglihatan dan hati, namun sejauh manakah mereka pernah menggunakan seluruh ni’mat ini dalam meninggikan agama Allah?
Mereka mendengar dengan telinga bahawa ada orang menghina Islam, mereka melihat dengan mata perbuatan kuffar yang biadab itu, mereka mempunyai hati untuk menilai, tetapi!! Malangnya mereka lebih enak bersenang-senang dan lebih suka melihat saudara seIslam mereka berpenat lelah bermati-matian tanpa ada usaha sekelumit pun untuk berpartisipasi sama.
Ingatlah kepada amaran Allah,
……sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya. (Al-Isra’: 36)
Janganlah mereka menjadi seperti ciri-ciri manusia yang disebutkan oleh Allah Taala di dalam surah Al-A’raf, ayat 179.
“Dan sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka memiliki hati, tapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kebesaran Allah), dan mereka memiliki telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”
Mereka melihat kemungkaran dalam keadaan mereka mampu melakukan sesuatu, tetapi mereka lebih betah melihatnya dengan mata yang terkebil-kebil. Acapkali kedengaran bahawa tindakan akan diambil terhadap perbuatan mungkar itu, tetapi akhirnya janji hanya tinggal omong kosong sahaja.
Lebih membimbangkan, kini pihak kuffar amat menghargai tindakan mereka yang hanya berdiam diri walaupun Islam dikecam dengan begitu hebat. Pihak kuffar telah mengisytiharkan mereka sebagai “sahabat” yang “baik” dek kerana sifat baculnya itu!! Sungguh memualkan dan memalukan!! Inilah natijahnya apabila konsep wala’ (ketaatan) dan bara’ (berlepas diri) ditafsirkan secara songsang sehingga membawa padah yang amat krucial sekali. Dunia ohh dunia..
Ketahui dan yakinilah bahawa kebenaran pasti akan mengatasi kebatilan. Allah pasti akan menghantar tenteraNya walaupun mereka enggan menerimanya. Pilihan terletak sepenuhnya kepada diri mereka samaada mahu turut serta atau tertinggal jauh ke belakang begitu sahaja.
Firman Allah,
"Amat besar kebencian di sisi Allah, kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (As-Saff: 3)
Namun sesungguhnya walaupun seringkali mereka melakukan kesilapan, Allah tetap menerima taubat hambaNya tetapi dengan syarat taubat itu haruslah “taubat nasuha”.
Penulis mengingatkan diri penulis sendiri dan mereka-mereka lain yang mana telah diberikan amanah kuasa kepadanya, namun culas kerna tidak tahan dengan mehnah cabaran serta tribulasi, atau apa juga alasannya, supaya kembali kepada Allah seperti mana firmanNya,
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal didalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal. (Ali-‘Imran:135-136)
Dan akhirnya, penulis memohon kepada Allah dengan doa seperti mana yang telah diajarkan oleh Rasulullah di dalam hadith sahihnya yang berbunyi,
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kegelisahan dan kesedihan, aku berlindung kepadaMu daripada kekikiran dan pengecut, aku berlindung kepadaMu daripada kelemahan dan kemalasan dan aku berlindung kepadaMu daripada lilitan hutang dan penguasaan orang lain (atas diriku) (Abu Daud, no.1555)
Mudah-mudahan kita semua diberikan kekuatan oleh Allah untuk menjaga agamaNya selagi mana nyawa dikandung badan. Tidak ada istilah wala’ (ketaatan) dalam perkara kemungkaran dan kemaksiatan serta tidak ada istilah bara’ (berlepas diri) dalam usaha mempertahankan Islam. Sebagai seorang mahasiswa yang telah diberikan kecerdasan akal berfikir dan mampu mengkaji sesuatu perkara secara komparatif, maka teruskanlah penerokaan Ilmu Allah ini. Jangan sesekali bersikap taklid dan jumud dalam memberikan wala’ dan bara’.
Moga kita diselamatkan oleh Allah Azzawajalla daripada fitnah akhir zaman.
Rahmatan Lil 'Alamin
Sekian
Mohammad Khairol bin Khalid
Anjung Damai
6 Mac 2006
3:01 minit pagi
Posted by Lex at 10:52 PM
0 comments
Posted by Yelderin Mujahed at 1:26 PM
0 comments

Posted by Yelderin Mujahed at 12:13 AM
0 comments
Posted by Yelderin Mujahed at 12:12 AM
0 comments
Posted by Yelderin Mujahed at 2:28 AM
0 comments
Buat pejuang ad-Din
Posted by Yelderin Mujahed at 2:25 AM
0 comments
Posted by Yelderin Mujahed at 8:54 PM
0 comments
Selamat tahun baru ...
Posted by Gue Kurt at 11:57 AM
0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم
نحمده و نصلى على رسوله الكريم
KE ARAH MEMBINA PERIBADI INSAN KAMIL
OLEH
USTAZ MUHAMMAD 'UTHMAN EL-MUHAMMADY
Insha Allah dalam nota ini akan dibicarakan secara ringkas pembentukan peribadi yang menunju ke arah insan kamil dalam erti amnya insan yang sempurna keimanannya atau yang paling dekat kepada kesempurnaan dan yang sempurna ketaqwaannya atau yang paling dekat kepada yang sempurna. Yang benar-benar sempurna keimanan dan ketaqwaannya ialah insan kamil yang sebenarnya, iaitu para nabi dan rasul a.s.s apa lagi kemuncak insan kamil dalam alam ini iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Maka akan dibicarakan peribadi manusia, kejadiannya, pembentukannya, faktor-faktor yang menguatkannya dan meruntuhkannya, serta akhir-akhirnya ciri-cirinya insan yang sempurna. Dengan itu tercapailah kedudukannya yang dicadangkan untuknya sebagai benar-benar khalifah Tuhan di bumiNya dan juga hambaNya, yang mendapat “hasanah” dalam dunia dan “hasanah” dalam akhirat.
Kejadian insan
Insan kata nama yang datang dari “nisyan”, iaitu kelupaan, kerana padanya ada sifat lupa selepas ia ingat. Maka datanglah wahyu dan agama Islam untuk memberi peringatan kepadanya supaya ia ingat kembali kedudukanya sebagai hamba Tuhan dan khalifahNya. Maka wahyu yang datang untuk “mengingatkan kembali” hakikat kedudukannya itu dinamakan “al-dhikrul-hakim”, iaitu Peringatan Yang Penuh dengan Hikmah Kebijaksanaan. Atau ada pendapat yang menyatakan bahawa kata nama bagi dirinya itu datang dari ”uns”, kejinakan, iaitu kejinakan dengan Tuhan. Maka insan yang sebenarnya yang kekal dengan kemanusiaannya ialah yang jinak dengan Tuhan yang “liar” denganNya adalah orang yang telah “meletakkan jawatan”nya menjadi manusia.
Tetapi oleh kerana kedudukan sebagai manusia itu tidak boleh diletakkan “jawatannya”, ia menukarkan kedudukannya kepada kedudukan menjadi “khalifah” Syaitan. Dijauhkan Allah. Maka didatangkan agama untuk mentautkannya kembali kepada Tuhan melalui akalnya, yang datang dari kata kerja “aqala” yang memberi pengertian “mengikat” iaitu “mengikatkannya kembali” kepada Tuhannya. Maka fungsi akal yang tertinggi ialah untuk “mengikat kembali” insan ini kepada Tuhan Yang menjadikannya.
Kejadian insan ialah terdiri daripada jasmaninya, disebut sebagai “badan”, atau “jasad” terdiri daripada unsur-unsur alam kebumian, "the elements of the earth". Dengan itu jadilah ianya makhluk yang bertubuh badan dengan tuntutan-tuntutannya yang perlu ditunaikan dalam hubungan dengan kejadian itu.
Insan mempunyai nafs dalam erti “jiwa” dalam Bahasa Melayu atau “soul” dalam bahasa Inggeris. Ianya berupa diri insan yang batin yang merupakan hakikat dirinya.kalau ini menjadi baik dari segi rohani dan akhlak, baiklah peribadinya, kalau rosak maka rosaklah seluruh dirinya.
Dalam Qur’an terdapat kenyataan yang bermaksud “Demi jiwa serta penyempurnaannya; maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya. Maka sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan jiwanya dan rugi atau gagallah orang yang mengotorkannya” (Surah ash-Shams: Ayat 7-10). Jiwa itu juga disebutkan sebagai hati sebagaimana yang ada dalam "Ihya" oleh Imam al-Ghazali rd.
Dalam hadith terdapat kenyataan yang bermaksud “Tidakkah sesungguhnya ada dalam diri anak Adam seketul daging - dari segi rohaninya selain daripada seketul daging segi fisikalnya - apabila baik maka baiklah seluruh jasad atau dirinya dan apabila rosak maka rosaklah seluruh dirinya, iaitu hati, yang merujuk kepada jiwanya”.
Maka ajaran agama datang dengan jalan-jalan untuk diikuti oleh manusia supaya ia mencapai kedudukan sebagai insan yang sempurna melalui pembersihan jiwanya daripada sifat-sifat yang kotor atau jahat dan keji dari segi akhlaknya. Ini terdapat dalam faham nilai atau aksiologi Ahlis-Sunnah wal-jamaah sebagaimana yang boleh dilihat dalam teks-teks yang muktabar dalam bidang ini seperti “Ihya’ ‘Ulumiddin” oleh Imam al-Ghazali rd dalam bahasa Arab dan “Siyar as-Salikin” karangan Syaikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani rh dalam Bahasa Melayu.
Dalam diri insan, dengan adanya “roh” yang ditiupkan itu adalah akal padanya. Akal itu menyebabkan insan boleh mengenal apa itu kebenaran, apa itu kepalsuan, apa itu kebaikan dan apa itu kejahatan. Dengan adanya neraca pengenal - mudrik - itu maka insan mampu boleh mengenal ketegori-kategori ilmu yang berupa potensi yang datang dari maksud ayat tentang kejadian Adam bahawa - maksudnya - “Allah mengajarkan kepada Adam segala nama.” Maka datanglah agama membawa kebenaran-kebenaran untuk menjadi “isi” bagi akal ini. Dan jalan mengenal kebenaran ini atau jalan ilmu ini bermula dengan kebenaran yang tertinggi yang bermakna “Bahawa tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah” yang merupakan seluruh kebenaran tentang Tuhan dan “bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah” yang merupakan seluruh kebenaran tentang kehidupan dan alam seluruhnya.
Dengan memahami kebenaran ini yang menjadi dasar bagi seluruh kebenaran tentang kehidupan dan hidup dengan menghayati semua ini dengan segala pen'detail'an yang timbul daripadanya maka insan mencapai kesempurnaan pada diri dan kehidupannya dan bahagialah ia di dunia dan akhirat dengan mencapai “hasanah” pada kedua-duanya. Allahumma amin.
Tiga Jenis Faham Yang Asasi
Insan akan mencapai kesempurnaannya - dengan izin Ilahi - bila ia memahami faham alam dan kehidupan yang betul, dalam falsafah dipanggil “worldview”, faham ilmu atau epistemologi yang tepat dan faham nilai atau aksiologi yang benar dan betul. Pemahaman perkara yang tiga yang pokok ini, keyakinan terhadapnya dan penghayatannya membawa kepada keselamatan dan kesempurnaan.
1. Faham alam atau kehidupan:
Ertinya ia memahami alam ini dengan semua manifestasinya bermula dari alam galian sampai kepada haiwan, manusia, dan alam kerohanian dengan arash dan kursinya serta sekalian malaikatnya dengan syurga dan nerakanya adalah ciptaan Allah yang menunjukkan kekuasaan, sifat-sifat dan perbuatan-perbuatanNya.
Allah dengan Sifat-SifatNya, dengan Adanya, SediakalaNya, KekalNya, Bersalahan dengan makhlukNya, Berdiri SendiriNya, KeesaanNya, dengan hayatNya, IlmuNya, Qudrat atau KuasaNya, KehendakNya, MendengarNya, MelihatNya, Berkata-KataNya.Dengan Keadaan hayatNya, Keadaan BerilmuNya, Keadaan BerkuasaNya, Keadaan BerkehendakNya, Keadaan mendengarNya, Keadaan melihatNya, dan Keadaan Berkata-kataNya.
Ia dengan Sifat Maha PenciptaNya, Maha MenjagaNya, Mengadakan dan MentiadakanNya. Sifat-Sifat Jalal atau Maha IndahNya, Maha Hebat atau JalalNya, Maha Senmpurna atau KamalNya.
Ia menjadikan segalanya yang membayangkan sifat-sifatNya yang Maha Indah, Maha Hebat dan Maha SempurnaNya.
Alam dijadikan untuk berkhidmat bagi kepentingan manusia sebagai khalifah dan hambaNya. Alam sebagai tempat ujian manusia dan memberilatihan kehidupan yang sempurna. Insan seolah-olah seperti pedang dan alam sebagai batu pengasahnya, sebagaimana yang ada tersebut dalam Yavid Namah oleh Iqbal rh.
Insan dijadikan sebagai khalifah Tuhan supaya ia mengimarahkan alam dengan menjalankan perintah-perintahNya dan membina tamadun berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan nilai-nilaiNya. Diutuskannya para rasul dan nabi sebagai insan-insan yang sempurna bagi mennyampaikan kebenaran-kebenaran dan menjalankannya dalam kehidupan umat manusia. Selamat dan berbahagialah manusia yang menerimanya dan binasalah manusia yang menolaknya.
Alam benda ini dengan segala manifestasinya akan berakhir dan akan datang alam yang kekal abadi dengan dua keabadiannya, syurga bagi mereka yang berbahagia dan neraka, dijauhkan Allah, bagi mereka yang celaka. Di
Maka hayat insan berakhir dengan keabadian, dan ia diciptakan untuk keabadian bukan untuk kemusnahan. Walau apapun yang diajarkan oleh pemikiran pascamodenisme dengan penafian meta-naratifnya, penapian nilai mutlaknya dan pengisbatan nilai nisbinya, dengan insan biologisnya sahaja - yang bukan lagi insan sebenarnya - dengan pengaburan antara imej dan realitinya - kebenaran hakiki ini akan kekal dan terus menerus ada dan tidak akan hilang selagi insan adalah insan. Vincit omnia veritas. Kebenaran mutlak akan memberi kata putus akhirnya.
Faham alam inilah yang menjadi rangka kehidupan insan di bumi dengan peradaban dan kehidupannya. Inilah yang menentukan budayanya, sebagai budaya adalah ”lived world-view” atau faham alam yang dihayati.
2. Faham nilai
Yang menyelamatkan manusia dan menjayakannya membina peribadi insan kamil dalam erti yang disebutkan ialah faham nilai yang sebenarnya. Nilai ialah prinsip atau hakikat yang menentukan harga atau nilai dan makna bagi sesuatu. Dalam perekonomian penentu nilai ialah emas atau apa yang ditentukan di dalam bidangnya. Dalam kehidupan akhlak manusia yang menentukan nilai manusia dan harga diri dan amal serta sikapnya ialah prinsip-prinsip tertentu seperti kebenaran, kebaikan, kesetiaan, keadilan, persaudaraan, ketulusan dan keikhlasan, kesungguhan dalam kebenaran, persaudaraan, keprihatinan, kerahiman, dan yang sepertinya
Akhirnya, semua nilai dan prinsip berpunca bagi si mukmin dari al-Asma’ al-Husna yang merupakan kemuncak segala keindahan, kehebatan dan kesempurnaan. Manusia dituntut mewujudkan nilai-nilai yang berpunca dari al-asma itu dalam dirinya setakat yang termampu olehnya sebagai hamba Tuhan dan khalifahNya.
Bila nama Allah adalah al-Haq, Kebenaran, maka ia mesti menjadikan kebenaran matlamat hidupnya dan peribadinya. Bila Allah al-‘Alim,
Bila Allah al-Latif, Maha Lemah Lembut dan mengetahui yang halus-halus dan rumit-rumit, si mukmin mesti membina peribadi yang bersifat dengan sifat lemah lembut dan berilmu tentang apa-apa yang halus-halus dan rumit dalam ilmu setakat yang terdaya olehnya dengan Izin Allah. Bila Allah al-Qawiyy, Maha Perkuasa, Berkuasa, ia mesti membina peribadinya supaya berperibadi kuat dan teguh dari segi imannya, yakinnya, akhlaknya, inteleknya, iradat dan azamnya, dan jangan tunduk kepada Iblis dan kejahilan. Demikian seterusnya. Demikian pula dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Hidup si mukmin mesti berpaksikan Allah. He must be God-centred.
Mereka yang terbentuk peribadinya mengikut nilai yang betul dan tepat terdiri daripada anbiya', siddiqin, shuhada', dan salihin- para nabi, ahli kebenaran, mereka yang syahid dan orang-orang yang salih yang hidupnya mengikut ajaran Ilahi dan nilai-nilai yang diajarkanNya. Akhirnya nilai-nilai yang mulia dan murni itu menjadi “mode of being” yang sempurna.
3. Faham ilmu atau Epistemologi Sunni:
Apa itu ilmu? Pada al-Baqqillani rh dalam at-Tamhid ilmu ialah mengetahui apa yang maklum mengikut hakikat yang sebenarnya. Mengetahui yang maklum mengikut yang sebenarnya itulah ilmu. Kalau tidak mengikut yang sebenarnya itu kejahilan. Dan mengetahui itu hendaklah dengan berbukti dan dalil. Dan ianya jangan hanya sangkaan, sebab sangkaan bukan bertaraf ilmu.
Dari mana punca ilmu? Punca tertinggi ilmu ialah wahyu, kenabian (nubuwwah), ilham yang murni (bagi mereka yang arif), pengamatan akal, sensasi dari pancaindera.
Sensasi dari pancaindera perlu dipertimbangkan dengan akal yang sejahtera dan dibantu dengan percubaan atau penyiasatan. Punca ilmu ialah riwayat yang mutawatir yang puncanya terlalu amat banyak sehingga tidak mungkin ianya tersilap.
Ilmu tentang fakta-fakta alam lahir berdasarkan kepada pemerhatian pencaindera, pencerapan, pengecaman, percubaan, dan penganalisaan akal fikiran serta penghimpunan data-datanya. Bermula dengan data menjadi sistem ilmu, dengan huraian-huraian sistemnya, dari ilmu meningkat kepada kebijaksanaan (wisdom) yang berupa kebenaran yang kekal teruji yang betul dan benar dan berfaedah selamanya.
Ilmu tentang alam yang mengatasi alam lahir berdasarkan kepada wahyu, nubuwwah, dan bagi mereka yang arif berdasarkan kepada penyaksian mata hati dari kurnia Ilahi.
Apakah matlamat atau tujuan ilmu? Ilmu tentang Tuhan ialah untuk menjadikan insan mengenal Tuhannya, kemudian meyakininya sebagai iman yang tidak ada syak dan ragu lagi, kemudian mungkin dengan kurnia ia mendapat penyaksian dengan pemandangan matahatinya (al-basirah). Ilmu ini menjamin kebahagian hakiki manusia dan berupa tempat terakhir baginya.
Ilmu tentang akhirat menjadikan manusia yakin tentangnya dan memberi matlamat dan nilai terakhir hidupnya, dan kemudian mungkin ia dikurniakan penyaksian batin tentang kebenarannya dengan al-basirahnya; ianya menjadi peta tempat penghabisan yang dituju dalam hidupnya. Tempat kembali terakhir baginya (al-ma’ad). Segala sesuatu kembali kepada nilai terakhirnya - ultimate value - berhubungan dengan alam sempurna ini.
Ilmu tentang tugas-tugas rohaniahnya supaya ia menjalankan pengabdian rohaniah terhadap Tuhannya yang menjadikan semuanya terpusat kepada pusat kerohanannya, sebagaimana yang dinyatakan dalam doa iftitah bermaksud ”Sesungguhnya sembahyangku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekelian alam”. Dalam perspektif ini seluruh aktiviti hidup menjadi lagu merdu pengabdian yang membahagiakan dan menyelamatkan.
Ilmu tentang nilai-nilai utama (al-fada’il) bagaimana kelebihan-kelebihan sifat-sifat itu, apa faedah-faedahnya, apa peranannya dalam menentukan kesempurnaan manusia, apa sahamnya dalam menentukan kebahagian manusia, apa kebinasaan lawannya, demikian seterusnya, sejauh mana ianya merupakan pengembalian kepada fitrah asal manusia, akhirnya ianya menimbulkan hal bagi diri, dan kemudia membuahkan amalan yang baik.
Akhirnya ianya menjadi mode of being yang sempurna bagi insan yang sempurna. Di situ sifat-sifat itu menjadi cara hidup sebati dengannya sebagaimana sifat terbang pada burung di angkasa dan sifat berenang pada ikan dalam air. Maka tercapailah risalah kedatangan Nabi s.a.w. ke dunia "untuk menyempurnakan akhlak yang mulia bagi umat manusia". Maka sifat benar misalnya bukan hanya diketahui sebagai ilmu dengan kelebihan-kelebihannya, tetapi dicapai dan dialami nilai kebenaran itu dalam dirinya, jiwa dan akal serta iradatnya; dengan itu ia mengamalkan sifat benar dalam perbuatannya. Dengan itu kebenaran menjadi mode of being bagi dirinya.
Ilmu dan maklumat serta kebijaksanaan tentang hidup lahir dalam hubungan dengan sejarah, bahasa, kehidupan kolektif, data saintifik yang berfaedah, adalah pembantu dalam menolong manusia hidup dengan selesa dan bermaruah di dunia dalam membina peradaban yang “God centred” sebagai khalifahNya dan hambaNya di dunia. Pembangunan yang berdasarkan kepada prinsip dan nilai-nilai yang “God centred” - terpusat kepada Tuhan akan menjamin berlakunya “sustainable development” atau pembangunan yang mampu meneruskan keberadaan alam sekitar dengan tenaga-tenaga dan kekayaannya dalam proses membangunan itu.
Dalam pembangunan demikian alam bukan hanya menjadi bahan untuk kegunaan manusia tetapi terdapat ‘ibrah padanya yang ia mendapat pengajaran rohani dan kebenaran daripadanya.
Sifat-sifat manusia sempurna:
Sifat-sifatnya terdiri daripada beberapa ciri:
· Keimanan
· Ketaqwaan
· Keadaban
· Keilmuan
· Kemahiran
· Ketertiban
· Kegigihan dalam kebaikan dan kebenaran
· Persaudaraan
· Persepakatan dalam hidup
· Perpaduan dalam umah
Ciri-ciri inilah yang menjamin manusia menjadi sempurna dan mencapai hasanah dalam dunia dan hasanah dalam akhirat.
Cara-cara mencapainya:
Antaranya ialah dengan
· ilmu
· taubat dengan syarat-syaratnya
· mengelak daripada yang menyebabkan penyelewengan terdiri daripada nafsu dengan mengawalnya - masyarakat dengan mendisiplinkan pergaulan - harta dengan mengambilkan yang halal dan membelanjakan dalam perkara halal berserta dengan berhemat - syaitan dengan mengawal diri supaya tidak taat kepadanya.
· berjaga-jaga supaya amalan tidak binasa oleh niat-niat yang merobohkannya seperti ria digantikan dengan ikhlas, keadaan tergesa-gesa digantikan dengan sabar, tidak cermat digantikan dengan sifat cermat
· menyelamatkan diri daripada kelesuan dengan mengamalkan sifat harap dan takut - harap Allah akan menerima amalan dan menyelamatkan kita - dan takut kalau-kalau Allah tidak mengampiuni kita dan menerima amalan kita
· mengamalkan sifat puji dan syukur dalam hidup samaada terhadap Allah juga terhadap makhluk yang menjadi wasilah atau perantara sampainya ni’mat Allah kepada kita. Puji dan syukur itu berlaku melalui hai -denag merasa gembira dan syukur terhadap ni’mat Allah ke atas kita - dengan lidah mengucapkan kesyukuran, al-hamdulillah, serta dengan anggota dalam erti apa yang adapada kita dan diri kita sendiri kita perlakukan dalam amalan-amalan yang diredhai oleh Allah.
Allahumma amin.
Kesimpulan:
Demikianlah, sebagai kesimpulannya, boleh dinyatakan hakikat kejadian manusia, syarat-syarat kesempurnaan dan kebahagiaannya, faktor-faktor yang menggagalkan hidupnya, dan langkah-langkah untuk mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan sebagai hamba Tuhan dan khalifahNya. Mudah-mudahan kita berjaya mencapai matlamat hidup kita sebenarnya.
Allahumma amin. Wallahu a’lam.
Posted by mawar^nusantara at 6:46 PM
0 comments